BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 1, 2009

buatmu TEMAN........(sajak)

Teman,
Apa yang pada hari ini
Telah mengajarku
Makna sebenar sebuah persahabatan
Persahabatan antara kau dan aku

Kawan,
Episaod hari ini
Telah membuka mataku
Betapa perlunya kita peka
Hati dan perasaan seseorang
Kerana di situ letaknya nilai persahabatan
Persahabatan kita
Jika serpih dan sompek nilai itu
Maka kelak dikhuatiri
Akan merobekkan silaturrahim ini

Sahabat,
Rasanya sudah bertahun dirimu kukenali
Namun bagaikan
Baru semalam aku mengenalimu
Masih terlalu jauh
Untuk kuselam dasar hatimu
Kerana aku mengerti
Bukan semudah itu
Untuk aku menempatkan diriku
Di sudut kalbumu

Rakan karibku
Sebagai manusia biasa
Aku tidak bisa lari dari kesilapan
Aku tidak bisa mengelak dari kealpaan
Pun begitu,
Jika tuturku pernah manyakitimu
Jika bicaraku pernah membuatkan kau
Membuatkan kau terguris
Maafkan daku
Wahai sahabatku

YA RABBUL JALIL
Tiada lain yang ku pinta
Hanya rahmat dan keberkatan-MU
Tulus kumohon agar
Kau berkatilah persahabatn kami ini

YA RAHIM
Dengan limpah dan kasih sayang-MU
Ampunilah insan ini
Insan yang kupanggil
SAHABAT

0 comments: